Wednesday 12 June 2013

Rancanglah Masa Depan Kita


Assalamualaikum…

Sudah lama saya tidak mengemaskini  blog saya. Jadi,pada hari ini dengan kesempatan yang telah diberikan Allah Taala kepada saya ,bolehlah saya melakukannya….

Jadi,tajuk yang saya akan keutarakan pada kali ini ialah Masa Depan…

Setiap manusia pasti memiliki impian dan masa depan yang tersendiri.Malah,sudah tekad dalam diri untuk mencapainya pada waktu yang tertentu

Oleh itu,kita hendaklah menyusun perjalanan hidup kita dengan baik dan teratur agar apa yang kita rancangkan akan  menjadi di samping memohon pertolongan Allah Taala bagi memudahkan segala urusan kita.

Dunia kini kian membangun dan makin mencabar .Jadi,perancangan hidup kita mestilah disusun dengan betul agar sesuai dengan peredaran zaman yang kian mencabar. Jangan kita membuat perancangan secara terburu-buru sehingga menyusahkan kita kemudian hari.

`Timbalah ilmu kerana ilmu Allah itu luas ibarat seluas lautan’

Pepatah ini sering kita dengar adakala terngiang-ngiang di fikiran.Menuntut ilmu  itu merupakan fardu kifayah kepada umat Islam.Jadi,dengan masa yang ada dan diberikan Allah Taala kepada kita,tuntutlah ilmu dengan sebanyaknya.Jangan jadikan perkara yang remeh sebagai penghalang kepada kita dalam menuntut ilmu.

Itulah sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan pada hari ini.Mudah-Mudahan,apa yang yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kalian  dan juga diri saya di dalam memperbaiki diri.Segala yang baik datang dari Allah Taala dan segala yang buruk dating juga dari Allah Taala dan disandarkan kepada diri saya yang lemah ini..

Wallahua`lam…

Friday 8 February 2013

Salam Permulaan :D

Assalamualaikum...

Sudah lama saya tidak up-date blog saya ni...Maklumlah,tak pandai gunakan blog ni tp bukan bermakna saya tidak mencuba menggunakan blog..Sekurang-kurangnya,ini sebagiai salah satu usaha saya dalam melangkah setapak ke hadapan ke arah kecemerlangan tidak kira dari segi akedemik malahan berjaya dari pelbagai aspek dalam kehidupan...*Dah mcm bg ceramah plak rasanya...

Tidak ada apa-ape yang saya cuba sampaikan pada permulaan silaturrahim saya dengan blog yang bakal jd tempat sy melakukan segalanya...tetapi,insyaallah,jika diberikan kelapangan dan buah fikiran akan saya berkongsi cerita bersama rakan-rakan sekalian kerana setiapperkongsian itu indah dan memberi iktibar dan pengajaran dalam kehidupan kita seharian...

Amin,Mudah-Mudahan..... :D